
cuti sekolah datang lagi. pelbagai aktiviti perlu dirancang untuk memenuhkan masa haziq dan aisyah. tak kan asyik nak dok depan pc atau baca buku je. dah tentu bosan. abah pun tengah pening ni. jemputan kenduri kahwin, khatan, cukur jambul etc dah tentu akan bersusun. "nanti lah abah pikir, " itu jawapan abah bila haziq atau aisyah tanya tentang perancangan cuti kali ni. mungkin kita akan berjalan-jalan juga. tapi short trip la. dalam keadaan ekonomi yang tak stabil ni, mungkin itu je la yang abah dan umi boleh usahakan.
apa yang penting ialah pengisian waktu cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah. abah tak kisah kalau haziq nak berkawan tapi biarlah dengan kawan-kawan yang berfikiran positif. kesian aisyah, dia belum ada ramai kawan lagi. mungkin cuti ni nanti kita akan ada lebih sedikit masa untuk bersama. abah nampak haziq dah ada perubahan positif, dah tak banyak melawan cakap.
tak kisah lah kalau haziq nak bertanya, tetapi sebelum tanya kena la tau serba sedikit tentang perkara yang nak ditanya tu. supaya kita lebih mudah faham. abah dan umi amat berharap supaya haziq akan cepat sedar tentang persekitaran yang semakin berubah dan jadi anak yang lebih bertanggung jawab. amin.
No comments:
Post a Comment